Punca tayar selalu kurang angin


Baru-baru ni aku perasan tayar depan kurang angin.

Nampak sangat tu yang jadi perasan sebelum ini rasanya tak macam ni kecuali kalau memang skru atau paku masuk dalam tayar terus pancit.

Ingat balik sebelum aku tukar tayar baru brand lain dari yang sebelum ni.

Bukan aku yang nak tukar brand tapi dah pusat servis bertauliah ni yang suggest tayar brand lain sebab dia kata brand tu saje yang dia ada. Boleh percaya ke?

So dalam hati fikir takkanlah tayar brand terkenal yang mahal ni ada masalah angin keluar, macam tak percaya je.

Brand tayar sebelum ni  yang aku pakai memang tip top. Dari mula aku pam sampai bila-bila pun angin dia maintain je. Baru aku perasan tayar ni memang terbaik. Lain kali tak payah tukar lain brand lah.

Nak pastikan apa dia masalahnya aku pun pergi kedai tayar. Nak kata bocor tak ada nampak skru atau paku yang melekat kat tayar, aku dah cek dah.

Lepas tu lagi satu yang pelik angin dia keluar slow sangat. Jika bocor dah gerenti aku kena panggil pomen datang rumah atau ganti tayar spare buat sementara waktu.

Tapi bocor dia tak macam tu. Tak terus pancit tapi tayar jadi lembik.

Nak tau apa kesan tayar lembik ni?

Kesan-kesannya ialah steering jadi berat. Nama je power steering tapi bila nak pulas steering tu memang agak terasa tak smooth.

Lagi satu nanti tayar makan atau tayar haus tak sekata.

Jika korang banyak duit silakan tayar melembik lanyak sampai kong.

Kereta pun akan gerak tak selancar kalau tayar bulat cantik so ini akan sebabkan apa? Penggunaan minyak yang lebih dari biasa.

Jadi nak elak fulus terebang lebih baik aku pergi bengkel kereta. Hasil pemeriksaan lepas rendam dalam air memang sah takde bocor pun.

Tapi pomen perasan ada bubble sangat kecil asyik keluar dari inlet tempat angin pam masuk. So pomen cadangkan tukar inlet ni untuk kedua-dua tayar depan.

Dah hasilnya memang terbaiklah.

Tayar kencang balik harap untuk jangkamasa yang lama tak perlu pam tayar berkali-kali semata nak top up angin yang keluar tu tadi.

Bila tayar kencang dan bulat, steering pun ringan dan mudah nak manouver kereta dan semestinya kereta pun gerak smooth dan menjimatkan minyak.

Jadi pastikan kereta tayar tu tak bocor cuma repair mana yang perlu sahaja. Jangan sampai kena tipu dengan bengkel hanya sebab kita tak ada ilmu mengenai kereta kita sendiri.

Walaupun hantar bengkel tapi aku cadangkan sebagai pemilik kereta yang sayangkan kereta masing-masing ambil tahu mengenai kereta kita sendiri supaya kita tahu apa yang perlu atau tidak perlu untuk menjaga kereta masing-masing dan tidak serah bulat-bulat keputusan di tangan pomen.

 

 

Advertisements