Iklan berbayar di Wira Xtreme


Salam sejahtera,

Kenapa tiba-tiba saya sentuh topik ni? Ini kerana saya baru sahaja menerima permintaan dari seorang pengunjung yang menjalankan bisnes sambilan untuk meletakkan banner di blog ini. Ada juga permintaan sebelum ini tapi saya buat tak layan (maksudnya samada tak mahu terima iklan atau letak banner atau buat post iklan juga tapi foc). Permintaan kali ini tiba-tiba terbuka hati saya untuk menerimanya. Mungkin kerana saya dah mula berfikir ke mana arah hala tuju aktiviti blogging ni. Within minutes, dia dah masukkan duit setelah setuju dengan placement dan install design banner yang beliau sediakan.

Dengan insiden ini juga saya buka offer kepada sesiapa yang ingin beriklan di blog saya. Tujuannya agar kita semua dapat menfaatkan ruang dan peluang yang ada untuk kebaikan dan kejayaan bersama.

Selamat Maju Jaya!

Azam97
p.s. jika nak tahu apa daya penarik yang menyebabkan orang berminat dan sanggup bayar untuk nak letak banner iklan di blog ini, silalah teliti semua post yang telah diterbitkan dan anda akan tahu jawapannya.

Advertisements