Hobi



Nak kata hobi sangat tu tak juga. Lebih kepada nak luangkan masa kepada benda yang boleh mendatangkan hasil. Tanaman ni bagus modal takde sangat tapi ada hasil. Lepas tanam tinggal begitu je. Berbudi kepada tanah memang berbaloi…

Tumbang dah pisang berangan kena tebang sebab buah dah nampak nak matang…

Dapatla beberapa sikat nak bahagi-bahagi kat ofismate. Kalau nak makan sendiri memang tak habis punya. Yang ni dah kali kedua bawa pisang ke ofis…

Generasi seterusnya yang akan terus memberi hasil. Benih asalnya ambil dari kampung. Tanam kat rumah sewa menjadi pula walaupun tanah tu memang limited. Tak dapatlah menikmati hasil seterusnya kalau ditakdirkan rumah yang dibeli siap dalam masa terdekat. Kecuali korek anak pisang tu tanam di rumah baru nanti…

Betik eksotika pun ada juga. Generasi lama pokok dah tinggi. Buahnya sedekah kat burung je. Asalnya, buah beli kat pasar malam. Bijinya tanam buat benih maka tumbuhlah. Tak tanam beria, campak je, bila tumbuh, pilih yang sihat. Bila besar berbuah. Rezeki…

Tanam biji dari buah pokok asal tadi. Tengah berbuah lebat. Belum ada yang masak. Buah tak sama besar sebab tanah berbatu dan terhad-tak cukup nutrient. Tinggal time cuti Raya Haji ni ntah-ntah dah ada yang kuning. Kat belakang tu nampak pokok pandan…

mmm…memang sah balik dari cuti ada sebijik dah masak

apa tunggu lagi? makan lerrr…buat pencuci mulut lepas lunch…hehe

Tanah kat rumah sewa taklah luas sangat tapi dengan sedikit ruang di belakang rumah masih boleh ditanam pisang dan betik atau apa-apa saje kalau kita rajin. Kat tepi rumah pun sebenarnya ada serai. Lengkuas pula orang sewa rumah terdahulu yang tanam. Kereta MyVi tu kereta wife. Disitulah rumah saya…

2 Komen

  1. Rajin la bro ni..best ar kalau dpt tgk hasil yg kita tanam..

  2. ->wan, memang best sangat. yg tu belum update lagi bila saya dah pindah rumah baru pun ada tanam2 sket. mcm tu juga kat kampung. kalu ada masa nanti saya update gamba baru.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s