Proton Inspira = Proton Waja Lancer?


Model baru Proton namanya masih dirahsiakan.

Harga:

1) bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan

2) bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu:

1) model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan

2) 1.8 liter transmisi automatik, serta

3) model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan (Lancer asal bentuk A, Waja Lancer pula bentuk V) dan bamper belakang berbanding Lancer.

Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga.

sumber: utusan malaysia, 13/10/2010

Lihat flyers Proton Inspira disini.

Lihat gambar Proton Inspira disini.

New Proton WAJA Lancer Paultan Modified 2010


Siapa yang tidak kenal Paul Tan. Beliau merupakan seorang reviewer yang berpengaruh dan dikenali ramai. sasaran beliau bukan sahaja kereta malaysia tapi juga kereta dari seluruh dunia. Kali ini beliau memberikan gambaran berkenaan kereta terbaru proton yang menjadi sebutan ramai. Jika anda nak tahu dengan lebih lanjut maka silalah baca ya.

WAJA Lancer!!!  ini muncul lakaran waja baru!! pendapat saya.. cantik …anda bagaimana?? … Read More

via Prodas’s_afiq Blog

Kosmo! Online – Blog cetus minat modifikasi


Wahai peminat modifikasi sekelian,

Semoga sihat dan Selamat Hari Pekerja. Jika tempohari Faiz muncul di suratkhabar Kosmo! kerana minat beliau dalam modifikasi kereta dan kali ini artikel penuh mengenai beliau dipaparkan dalam Kosmo! Online pula bermula 1 Mei 2010.

Faiz dengan kereta yang telah diubahsuai

Klik sini untuk cerita penuh. Untuk maklumat peminat modifikasi sekelian, Faiz sekarang sudah membuka bengkel beliau sendiri. Bagi yang berminat untuk mendapat sentuhan dari bengkel beliau, anda bolehlah datang ke Meru, Klang.

Faiz berblogging untuk kongsi minat secara online

Saya sekali lagi amat berterima kasih ke atas perhatian Kosmo! terhadap blog ini dan menghargai kerja-kerja modifikasi kereta yang telah dilakukan. Semoga bengkel Faiz yang telah beroperasi akan mendapat perhatian dari peminat-peminat. Tak juga lupa kepada ribuan pengunjung blog yang singgah disini, bukan setakat surf blog ini bahkan jika ingin mendapatkan khidmat dipersilakan untuk menghubungi kami.

Azam97

Fan Box Modifikasi Kereta Wira Xtreme di lancarkan!


Salam Sejahtera pengunjung blog semua,

Memandangkan banyak pertanyaan yang dibuat melalui blog dan dah berjela2 panjang tak cukup ruang, maka dengan ini saya melancarkan Fan Box Facebook Wira Xtreme untuk anda mengemukakan masalah dan pendapat malah beriklan (pasal berkaitan kereta sahaja) pon boleh. Sila klik di gambar atau teks dibawah untuk terus ke sana. Sesiapa yang suka gunakan blog pun masih boleh cuma saya nak pelbagaikan akses. Jumpa anda disana!

Klik Sini jika anda berminat dengan Modifikasi Kereta

Pembukaan Bengkel Modifikasi Kereta



Salam Peminat2 Modifikasi Kereta,

Di umumkan pembukaan bengkel baru kami yang telah pun beroperasi lebih 2 minggu.

Lokasinya:

Lot 2599, Jalan Salleh Off Jalan Meru

41050 Klang

Selangor

Sokongan anda adalah sangat dialu2kan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi kami.

Keputusan kajian modifikasi kereta


Disini ingin saya kongsikan maklumbalas peminat-peminat modifikasi kereta setakat ini. Kajian ini telah dimulakan semenjak 20-9-2009. Kesimpulannya secara majoriti ramai yang berminat nak ubahsuai body kereta mereka dan diikuti injin dan diikuti yang lainnya. Sayangnya, saya tak dapat capture data-data yang paling bawah kerana kesilapan set up poll ini.

Ada juga kajian-kajian lain yang telah dibuat dan saya akan kemukakan di lain kali.

Terima kasih KOSMO!


Thanks KOSMO!

Salam Sejahtera,

Saya rasa agak terkejut apabila suatu malam adik saya (Faiz) menelefon dan memberitahu beliau telah dihubungi dan ditemuramah oleh wartawan KOSMO! berkenaan blog ‘Wira Xtreme’ yang telah saya bina. Tema yang membuatkan wartawan KOSMO! tersebut berminat adalah berdasarkan tema modifikasi kereta. Saya percaya blog ini telah dipilih adalah kerana berdasarkan content, keyword yang saya kerap gunakan, foto-foto yang real dari projek-projek digunakan, tambahan Faiz pula merupakan peminat sejati modifikasi kereta dan juga sebenarnya seorang foreman secara sambilan. Malahan, salah satu kereta ubahsuai yang dipaparkan dalam blog ini adalah kepunyaan beliau sendiri.

Sebenarnya blog ini adalah lebih kepada format fotoblog dimana saya muatkan foto-foto kereta yang telah menjalani proses modifikasi. Sebahagian modifikasi ada yang telah dilakukan oleh Faiz dan rakan-rakannya dan yang lain-lain adalah foto yang saya ambil secara candid di jalanraya atau dari internet. Semuanya adalah foto modifikasi kereta yang boleh menarik ramai peminat-peminat pemilik kereta khasnya kereta tempatan.

Kesan dari pendedahan blog saya di KOSMO! pada 10 Febuari 2010 (Rabu) di ruangan “Tamu Blogger: Blog cetus minat modifikasi” telah menyebabkan pengunjung telah bertambah sebanyak sepuluh kali ganda. Jika biasanya saya menerima 100 pelawat sehari maka pada hari tersebut telah mencapai lebih dari seribu pengunjung sehari. Sudah tentunya bertambah ramai juga peminat yang memberi komen dan menyatakan minat untuk modify atau upgrade kereta mereka.

Kami akan terus mencari bahan-bahan yang bermutu dari projek-projek akan datang untuk dimuatnaik kedalam blog ini. Diharap agar peminat-peminat modifikasi kereta akan terus mengunjungi blog ini untuk mendapatkan info-info terkini dan tidak lupa juga jika perlukan khidmat nasihat dan servis, anda boleh letakkan pertanyaan anda di bahagian komen atau hubungi terus melalui emel.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada KOSMO! dan semoga blog ini akan terus mendapat perhatian peminat modifikasi kereta.

Wira Xtreme BOLEH!

Azam97