Kami pindah lagi! Alamat baru bengkel ialah …


MAAF! ALAMAT BERTUKAR LAGI! Lokasi terbaru kami adalah: Bengkel Kereta Sungai Tengi, Jalan Laksamana, Desa Maju Sungai Tengi, 44010 Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tel: 013-2057839 (Faiz)

Advertisements

Peranan Facebook untuk modifikasi kereta


Salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Selamat berhari minggu sambil2 surf internet kan. Kali ni nak cerita lain sikit. Ni pasal facebook sebagai medium komunikasi untuk servis kami. Nampaknya selain blog ni sendiri, kami ada menerima banyak pertanyaan dari pelanggan berkenaan khidmat nasihat melalui facebook juga.

Kami memohon berbanyak2 maaf kalau ada masih yang belum berjawab. Ada beberapa sebab kenapa kami tak jawab.

1. Masa – banyak kerja samada di luar atau di bengkel

2. Pengetahuan – servis kami hanya setakat yang kami mampu lakukan

3. Trade secret – rahsia sensitif yang tidak boleh didedah nanti ada orang tiru

4. Buka peluang orang yang lebih mahir untuk bantu

Jadi sebenarnya tujuan facebook tersebut agar kita kongsi sama-sama kepakaran yang kita ada untuk menyelesaikan masalah orang ramai. Mana tahu ada yang boleh membantu. Anda adalah sangat di alu-alukan.

Walaubagaimanapun, kami nak kongsi satu rahsia – kalau nak tahu jawapan dengan cepat dan serta merta, bole la anda call terus dan dapatkan khidmat dari kami bagi pertanyaan yang anda kemukakan. Kami pun tahu mana pelanggan yang betul2 serius sahaja yang sebenarnya akan datang ke bengkel dan yang lainnya tu lebih kepada nak dapatkan info sahaja kan. Lebih mudah lagi, datang ke bengkel dengan buat apoinmen, beli barang dengan kami dan minta kami buatkan. Maknanya upah la kami untuk buatkan job tu. Itulah maksud kami sebenarnya. Kan senang! Hehe…

Selamat berehat di hujung minggu!

Contoh2 pertanyaan pelanggan di facebook:

EZ Motorsport di bengkel baru!


Alhamdulillah!

Setelah melalui beberapa pengalaman yang mematangkan kami, akhirnya dengan rezki Allah, kami diberi olehNya satu tapak baru yang lebih teratur untuk kami memulakan langkah dengan modal sendiri.

Sokongan pengunjung adalah sangat dialu-alukan. Anda dijemput hadir untuk mendapatkan servis samada nak buat segera atau booking dulu, takde masalah.

Alamat baru kami:

No. 47/H1, Lot 1831, Batu 8, Meru, 42200 Kapar, SELANGOR

Bagaimana nak ke sana?

klik google maps — > PETA BENGKEL EZ MOTORSPORT

Gambar Bengkel Baru EZ Motorsport (Faiz)


Untuk lihat lebih banyak gambar, sila klik gambar diatas.

Gambar-gambar majlis pembukaan EZ Motorsport (nama bengkel baru Faiz)


Berikutan dari berita yang terdahulu maka disini dipaparkan berita yang berikutannya. Majlis doa selamat telah berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah. Bagi yang belum mengetahui lokasi bengkel sila klik sini. Sokongan anda adalah sangat kami alu-alukan. Masih tak tau camner nak pergi? Hubungi kami dengan klik sini pulak. Hmmm…

Rakan taulan sanak saudara datang ke majlis memberikan sokongan

Doa selamat dalam bengkel baru ditemani oleh Putra VR4 yang sedang bikin modify

ubahsuai kereta di ez motorsport

Meriah di pembukaan ez motorsport bengkel

Faiz sedang melayan otai2

Sokongan kedua ibubapa dan keluarga moga usaha menjadi berkat

Banyak lagi gambar-gambar sewaktu majlis – klik sini –>> album facebook Faiz.

Majlis doa selamat sempena pindah masuk ke lot bengkel baru


Sepertimana yang sudah di beritahu melalui laman fesbuk dan juga blog, bengkel kami akan berpindah ke lot kedai. Di war-warkan bahwa kini kami dah pun berpindah. Alamatnya No 36, Jalan Meru Indah 2, Taman Sri Saujana, Meru, 42200 Kapar, Klang, Selangor. Sempena dengan itu juga pada malam ni akan diadakan majlis doa selamat di bengkel baru. Pada semua yang sentiasa memberi sokongan, anda dijemput hadir dengan ini semoga usaha kita semua diberkati. Amin.

Gambar Bengkel Kereta Klang


Salam Sejahtera kepada Semua,

Setelah sekian lama melayari laman blog ini mesti ada yang tertanya-tanya betul ke kami ada bengkel? Sememangnya ada. Jadi pada post kali ini saya akan letakkan link dimana anda boleh melihat gambar-gambar bengkel. Sebenarnya segan juga nak tunjuk. Al-maklumlah perniagaan ini dimulakan secara kecil-kecilan. Namun team kami percaya perniagaan ini mampu pergi lebih jauh dengan adanya berkat sokongan peminat modifikasi kereta.

Berita terbaru Faiz memaklumkan beliau telah mendapat lot kedai untuk meneruskan perniagaan ini. Tentunya hasil dari kepercayaan pelanggan maka insyAllah aktiviti ini dapat diteruskan di tapak baru dengan lebih baik dan teratur lagi. Laman ini akan di update lagi sekiranya bengkel dah berpindah nanti dan makanya gambar-gambar yang anda akan lihat dibawah ini akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

Doakan bengkel ini maju jaya!

Untuk lihat gambar bengkel sekarang ini, klik link dibawah:
http://bengkel-modifikasi-kereta.blogspot.com/2010/06/gambar-bengkel-kereta-klang.html