Cara tambah air radiator kereta


Amaran! Jangan lupa tambah air radiator dan biarkan injin anda berasap macam dalam gambar bawah ni ….

huhu ….jangan sampai jadi camni

Apa sudah jadi?

Kereta kita ni ada sistem penyejuk yang dipanggil radiator. Dalam radiator ni ada air yang boleh menyejukkan injin.

Bila kereta berjalan injin jadi panas jadi air dalam sistem penyejuk pun akan jadi pasan juga. Sesetengahnya meruap dan air akan jadi semakin sikit. Tugas kita ialah sentiasa cek level air ni dan top up jika ia dah tinggal sikit.

Radiator letaknya dekat dengan injin.

radiator dan cap/penutup radiator

Bahagian ini sangat panas apabila injin dihidupkan. Jadi jangan sentuh atau buka. Silap-silap air panas akan menyembur keluar dan mencederakan anda nanti!

Untuk pastikan radiator sentiasa ada air kita pastikan reservoir yang bersambung dengan radiator sentiasa ada air. Lihat contoh gambar kat bawah.

cari tong putih yang bersambung dengan radiator

Tong putih dalam gambar ada cap/penutup dan ada tanda level ‘full’ dan ‘low’. Pastikan air sentiasa penuh supaya radiator tak kering. Ini dapat memastikan sistem penyejukan injin kereta anda sentiasa ada cukup air dan dapat elakkan dari injin panas melampau.

Tahukah anda bila injin panas melampau injin boleh jem dan bila pergi bengkel, foremen kata OVERHAUL!!!

Huhuhu…elakkan perkara ini dari terjadi.

Anda mampu mengelaknya.

Dapatkan Tips Penjagaan Kereta Untuk Wanita, klik sini

2 Komen

  1. apa beza pakai coolant dengan pakai air.

    dlu penah buang semua, isik coolant baru. pas tu tengok macam siket je. last2 aku bubuh air.

  2. assalam

    last week aku travel kedah-kl. Wira 1.3i. suhu panas gila. lebih separuh. sampai KL je tengok2 air kering. tambah la air tu.

    pas tu travel balik KL-kedah. panas jugak, hampir ke merah (x smpai range merah lagi). sampai kedah air memang kering.

    semalam aku p servis radiator. flushing semua.

    hari ni, kereta rasa macam berat.

    pas tu macam basah je kt bawah enjin tu. padahal bulan lepas baru tuka gasket yang kat paling atas tu (apa nama ntah, head gasket rasa).

    p pomen, dia kata kene grind valve. dalam rm300.

    ke nk kene buat top overhaul ni?? standard top overhaul brapa??

    (fyi, timing belt baru tuka, plug baru tuka)


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s