Cara tambah air radiator kereta


Amaran! Jangan lupa tambah air radiator dan biarkan injin anda berasap macam dalam gambar bawah ni ….

huhu ….jangan sampai jadi camni

Apa sudah jadi?

Kereta kita ni ada sistem penyejuk yang dipanggil radiator. Dalam radiator ni ada air yang boleh menyejukkan injin.

Bila kereta berjalan injin jadi panas jadi air dalam sistem penyejuk pun akan jadi pasan juga. Sesetengahnya meruap dan air akan jadi semakin sikit. Tugas kita ialah sentiasa cek level air ni dan top up jika ia dah tinggal sikit.

Radiator letaknya dekat dengan injin.

radiator dan cap/penutup radiator

Bahagian ini sangat panas apabila injin dihidupkan. Jadi jangan sentuh atau buka. Silap-silap air panas akan menyembur keluar dan mencederakan anda nanti!

Untuk pastikan radiator sentiasa ada air kita pastikan reservoir yang bersambung dengan radiator sentiasa ada air. Lihat contoh gambar kat bawah.

cari tong putih yang bersambung dengan radiator

Tong putih dalam gambar ada cap/penutup dan ada tanda level ‘full’ dan ‘low’. Pastikan air sentiasa penuh supaya radiator tak kering. Ini dapat memastikan sistem penyejukan injin kereta anda sentiasa ada cukup air dan dapat elakkan dari injin panas melampau.

Tahukah anda bila injin panas melampau injin boleh jem dan bila pergi bengkel, foremen kata OVERHAUL!!!

Huhuhu…elakkan perkara ini dari terjadi.

Anda mampu mengelaknya.

Klik sini —>Dapatkan Tips Penjagaan Kereta Serbaguna

Cara tambah air bateri kereta


contoh bateri basah untuk kereta

Sape yang tak tahu gambar kat atas ni ialah gambar bateri kereta. Jika anda seorang pemandu nak lihat bateri ini bolehlah buka hood depan kereta anda dan cari bateri macam dalam gambar di atas.

Apa kepentingan bateri ni? Senang citer takde bateri kereta anda tak boleh nak start. Tapi mustahil pula kereta takde bateri so ada bateri gerenti kereta jalan kan.

Tidak semestinya!

Bateri ada 2 jenis iaitu bateri basah dan bateri kering. Bateri kering tak perlu tambah air dan ianya free maintenance. Jika rosak terus tukar tak payah nak cek-cek level air dalam bateri.

Bateri basah ni yang kita kena maintain level air dalam bateri. Dari semasa ke semasa level air akan berkurang.

cara tuang air dalam bateri

Air bateri ni pun bukan sebarang air. Sebenarnya ia air suling. Boleh beli je kat pam minyak. Mana-mana pam minyak pun ada. Wajib standby dalam kereta mana tau nak pakai. Tengok gambar tu ada level bawah dan level atas. Level yang sepatutnya kita adjust kat tengah-tengah antara keduanya.

Cara nak tambah air ni senang je. Mula-mula buka cap atau penutup bateri tu dan kemudian baru tuang air hingga menepati level yang dikehendaki. Tahukah anda apabila kita terlupa cek dan pabila air ni kering kontang satu hari nanti tiba-tiba di satu pagi anda nak pegi keje kereta tak boleh start.

Itulah namanya bateri KONG!

Masa tu memang haru-biru sikit.

Jadi sebelum perkara itu terjadi, sayangilah kereta anda macam sayang orang yang anda sayang hehehe….

Klik sini —>Dapatkan Tips Penjagaan Kereta Serbaguna