Buat rotation tayar kereta setiap 7,000 km


Rotation tayar? Apadia tu?

Kenapa nak buat selalu?

Beban yag ditanggung tayar depan yang adalah lebih Berat jika dibanding dengan tayar belakang.

Bahagian depan kenderaan ada injin yang berat. Tayar depan juga berperanan untuk membelok. Kebanyakan kereta juga adalah front wheel drive. Jadi betullah tayar depan akan lebih cepat haus.

Kecuali ….

Kita gilirkan tayar depan ke bahagian belakang dan sebaliknya. Dengan Cara ini tayar depan dan belakang akan haus bersama-sama.

Tahukah anda tayar belakang jika tidak berganjak ke depan ia sukar nak haus. Tapi ia tetap akan expire juga. Jadi gunakan tayar anda dengan bijak.

Apa jadi jika rotation tidak dibuat?

Tayar depan haus cepat. Tayar depan akan rosak lebih cepat jika tak buat alignment selalu. Dia makan tepi lebih dari bahagian lain. Tayar belakang tak haus.

Samada tayar haus cepat atau rosak cepat anda dah kena keluarkan lebih kurang RM500 untuk tukar dua tayar dalam tempoh tak sampai 3 tahun. Sepatutnya anda dalam 3 tahun tidak perlu tukar mana-mana tayar pun jika anda buat rotation plus alignment ikut jadual.

Kesan-kesan lain yang akan timbul apabila tayar depan rosak ialah driveshaft kereta akan mengalami beban lebih dari biasa. Jadi yang asalnya berasal dari tayar akan berjangkit ke parts yang lain. Stereng pun rasa berat. Kita cuma perlu setelkan hal tayar ini dan dengan cara ini semua parts kereta yang bersangkut dengan tayar akan dapat diselamatkan.

Jimat kos!

Memang anda perlu keluarkan sedikit kos untuk rotation dan alignment tetapi anda jimat RM500 berbanding anda nak jimat sikit duit tapi dah kena belanja besar sebab terpaksa tukar tayar.

Tentang jadual nak buat rotation tayar ni memang ramai yang tak tahu sebab itu tak buat atau lupa dan ambil ringan. Untuk mudah dan praktikal, rotation tayar perlu dibuat setiap 7,000 km. Susah nak ingat kan?

Untuk lebih mudah ingat, buat je rotation setiap kali anda siap buat servis kereta tukar minyak injin (minyak hitam). Sebaik sahaja reminder servis kereta sampai, anda bolehlah buat rotation tayar dan alignment sekali.

Jika anda boleh ikut jadual ni dijamin anda jimat kos maintenance kereta. Luangkan sedikit masa dan wang untuk penjagaan kereta secara berjadual sebelum anda menanggung belanja membaiki kerosakan di masa depan.

Mahu tips lain penjagaan kereta?

Klik sini –> Tips Penjagaan Kereta Jimatkan Kos Poket Anda

1 Komen

  1. untuk enjin 4g91,boleh tak. nak msuk clutch plate 9 inci?dan brp kos?


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s