Proton Putra VR4 1.8 makeover


Pakar ikan patin, kap dedahkan rahsia resepi umpan beliau

Sebenarnya saya sedang mengupload gambar-gambar terbaru projek bengkel yang baru disiapkan. Walaubagaimanapun ia mengambil sedikit masa dimana saya akan buat upload secara berperingkat kerana banyak gambar dah diambil, rasa rugi pula kalau tak upload semua. So, berkenaan projek apa tu anda boleh lihat spesifikasi yang saya dah taipkan dibawah iaitu berkenaan Putra makeover. Bagi yang berminat bolehlah klik link kat bawah sekali jika nak melihat kerja-kerja kami di bengkel.

SPESIFIKASI

MODEL/PEMBUAT: Proton Putra 1800cc

MODIFIKASI ENJIN: 4G63 VR4 RS, Wiring EVO3, Turbo TD05, Ecu Blitz, Mirage intake manifold, NGK plug cable, Steel Piping Intercooler, Custom Banana, Tial Wastegate 38mm, Penapis udara HKS, Pelaras Bahan Api Tomei, Greddy Type RS Blow Off Valve,Custom Adjuster Cam Pulley, Custom Plug Cover

LUARAN: Bodykit Evo3, Sunroof Eg6, Skirting PU Mivec

DALAMAN: Dashboard Lancer, Apexi RSM, Boost Meter NRG, Ekzos Temp NRG, Oil Temp NRG, Oil Press NRG, Seat Recaro Asal Putra, Stering Momo, Greddy Turbo Timer

SUSPENSI: Sustec Adjustable

RIM/TAYAR: K Speed/Falken Ziex 205/45/17 Dpn Dan Blkg

BREK: Standard Putra

TRANSMISI: LSD Mivec

WARNA: Pearl White

NANTIKAN KEMUNCULAN PUTRA NI DENGAN WAJAH TERBARU

klik disini untuk lihat Proton Putra VR4 1.8 (in process)

Advertisements

Gambar Bengkel Kereta Klang


Salam Sejahtera kepada Semua,

Setelah sekian lama melayari laman blog ini mesti ada yang tertanya-tanya betul ke kami ada bengkel? Sememangnya ada. Jadi pada post kali ini saya akan letakkan link dimana anda boleh melihat gambar-gambar bengkel. Sebenarnya segan juga nak tunjuk. Al-maklumlah perniagaan ini dimulakan secara kecil-kecilan. Namun team kami percaya perniagaan ini mampu pergi lebih jauh dengan adanya berkat sokongan peminat modifikasi kereta.

Berita terbaru Faiz memaklumkan beliau telah mendapat lot kedai untuk meneruskan perniagaan ini. Tentunya hasil dari kepercayaan pelanggan maka insyAllah aktiviti ini dapat diteruskan di tapak baru dengan lebih baik dan teratur lagi. Laman ini akan di update lagi sekiranya bengkel dah berpindah nanti dan makanya gambar-gambar yang anda akan lihat dibawah ini akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

Doakan bengkel ini maju jaya!

Untuk lihat gambar bengkel sekarang ini, klik link dibawah:
http://bengkel-modifikasi-kereta.blogspot.com/2010/06/gambar-bengkel-kereta-klang.html

Iklan berbayar di Wira Xtreme


Salam sejahtera,

Kenapa tiba-tiba saya sentuh topik ni? Ini kerana saya baru sahaja menerima permintaan dari seorang pengunjung yang menjalankan bisnes sambilan untuk meletakkan banner di blog ini. Ada juga permintaan sebelum ini tapi saya buat tak layan (maksudnya samada tak mahu terima iklan atau letak banner atau buat post iklan juga tapi foc). Permintaan kali ini tiba-tiba terbuka hati saya untuk menerimanya. Mungkin kerana saya dah mula berfikir ke mana arah hala tuju aktiviti blogging ni. Within minutes, dia dah masukkan duit setelah setuju dengan placement dan install design banner yang beliau sediakan.

Dengan insiden ini juga saya buka offer kepada sesiapa yang ingin beriklan di blog saya. Tujuannya agar kita semua dapat menfaatkan ruang dan peluang yang ada untuk kebaikan dan kejayaan bersama.

Selamat Maju Jaya!

Azam97
p.s. jika nak tahu apa daya penarik yang menyebabkan orang berminat dan sanggup bayar untuk nak letak banner iklan di blog ini, silalah teliti semua post yang telah diterbitkan dan anda akan tahu jawapannya.

Bengkel Cat Kereta Klang


Hubungi Faiz untuk maklumat lanjut atau dapatkan servis.