Keputusan kajian modifikasi kereta


Disini ingin saya kongsikan maklumbalas peminat-peminat modifikasi kereta setakat ini. Kajian ini telah dimulakan semenjak 20-9-2009. Kesimpulannya secara majoriti ramai yang berminat nak ubahsuai body kereta mereka dan diikuti injin dan diikuti yang lainnya. Sayangnya, saya tak dapat capture data-data yang paling bawah kerana kesilapan set up poll ini.

Ada juga kajian-kajian lain yang telah dibuat dan saya akan kemukakan di lain kali.

Terima kasih KOSMO!


Thanks KOSMO!

Salam Sejahtera,

Saya rasa agak terkejut apabila suatu malam adik saya (Faiz) menelefon dan memberitahu beliau telah dihubungi dan ditemuramah oleh wartawan KOSMO! berkenaan blog ‘Wira Xtreme’ yang telah saya bina. Tema yang membuatkan wartawan KOSMO! tersebut berminat adalah berdasarkan tema modifikasi kereta. Saya percaya blog ini telah dipilih adalah kerana berdasarkan content, keyword yang saya kerap gunakan, foto-foto yang real dari projek-projek digunakan, tambahan Faiz pula merupakan peminat sejati modifikasi kereta dan juga sebenarnya seorang foreman secara sambilan. Malahan, salah satu kereta ubahsuai yang dipaparkan dalam blog ini adalah kepunyaan beliau sendiri.

Sebenarnya blog ini adalah lebih kepada format fotoblog dimana saya muatkan foto-foto kereta yang telah menjalani proses modifikasi. Sebahagian modifikasi ada yang telah dilakukan oleh Faiz dan rakan-rakannya dan yang lain-lain adalah foto yang saya ambil secara candid di jalanraya atau dari internet. Semuanya adalah foto modifikasi kereta yang boleh menarik ramai peminat-peminat pemilik kereta khasnya kereta tempatan.

Kesan dari pendedahan blog saya di KOSMO! pada 10 Febuari 2010 (Rabu) di ruangan “Tamu Blogger: Blog cetus minat modifikasi” telah menyebabkan pengunjung telah bertambah sebanyak sepuluh kali ganda. Jika biasanya saya menerima 100 pelawat sehari maka pada hari tersebut telah mencapai lebih dari seribu pengunjung sehari. Sudah tentunya bertambah ramai juga peminat yang memberi komen dan menyatakan minat untuk modify atau upgrade kereta mereka.

Kami akan terus mencari bahan-bahan yang bermutu dari projek-projek akan datang untuk dimuatnaik kedalam blog ini. Diharap agar peminat-peminat modifikasi kereta akan terus mengunjungi blog ini untuk mendapatkan info-info terkini dan tidak lupa juga jika perlukan khidmat nasihat dan servis, anda boleh letakkan pertanyaan anda di bahagian komen atau hubungi terus melalui emel.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada KOSMO! dan semoga blog ini akan terus mendapat perhatian peminat modifikasi kereta.

Wira Xtreme BOLEH!

Azam97