Tips Modifikasi Ikuti Prosedur JPJ


Terima kasih kepada pengunjung blog yang ada memberikan komen-komen dan ada juga pertanyaan. Jadi berdasarkan pertanyaan tu juga saya ingin berkongsi tips yang saya dapat dari sumber yang boleh dipercayai. Kali ni saya ingin memaparkan tips modifikasi yang mengikut prosedur JPJ.


Modifikasi yang memerlukan pengesahan JPJ adalah seperti pertukaran enjin baru, bentuk dan ciri asal kereta anda. Maksudnya jika dah modify tu ciri asal kereta dah tak nampak. Modifikasi yang major/ketara memang memerlukan kelulusan.

Ada juga modifikasi yang tak perlukan kelulusan iaitu modifikasi yang tidak memberi kesan kepada bentuk, ciri asal, kestabilan dan keselamatan kereta anda, contohnya:

1. Spoiler didepan dan belakang,

2. Skirt, aerofoil dan visor pintu,

3. Protecting guards di depan dan belakang,

4. Ubah grill radiator dan bonet,

5. Tukar rekabentuk lampu,

6. Rim dan tayar besar,

7. Para bumbung,

8. Lampu brek tambahan, signal tambahan, dan

9. Tambah spotlight pada bahagian depan

Walaubagaimanapun, anda harus ingat walaupun tak perlu kelulusan tapi ada syaratnya:

1. Spoiler, aerofoil dan skirt yang dipasang tidak melebihi 150mm jika diukur dari bahagian luar tayar belakang.

2. Door visor tidak melebihi 100mm lebar dan tinggi.

3. Rim dan tayar lebar mesti ditutup penuh dengan mudguards/mudflaps.

4. Protecting guards mesti tidak menutup lampu kereta. Lebar keseluruhan tidak lebih dari lebar kereta. Tidak boleh ada bucu tajam terjulur melebihi 100mm.

5. Bumper besar jika dipasang mesti tidak melebihi 50% dari roda besi kereta.

6. Headlamps dan signal selepas pengubahsuaian tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing dari kedudukan asal.

7. Para bumbung yang dipasang tidak boleh melebihi panjang, lebar bumbung atau ketinggian 400mm dari bahagian teratas.

Ada tambahan lagi, pengubahsuaian kecil tadi walaupun dibenarkan tanpa kelulusan masih tertakluk kepada undang-undang Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) Peraturan 1959 atau kenderaan bermotor (Pembinaan, Peralatan dan Pengunaan) Peraturan 1988.

Tapi tak perlu risau yang penting undang-undang ini lebih kepada untuk mengelakkan modifikasi yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri dan pengguna lain.

 

NAK LIHAT VIDEO MODIFIKASI KAMI?!!

|

\|/