Perhatian! Jangan lupa…


Salam,

Post kali ini adalah antara yang terpenting. Sape yang taknak duit extra kan? Mungkin ada yang terlupa dek kerana kesibukan bekerja. Jadi, sila ambil perhatian. Sesiapa yang renew roadtax antara 1 April 2008 sehingga 31 Mac 2009, anda berhak untuk claim rebat. Ianya boleh dibuat di Pejabat Pos seluruh negara. Hanya perlu isi borang rebat yang disediakan di Pejabat Pos. Yang penting bawa IC. Kalau sibuk sangat, boleh hantar wakil (member/isteri/suami dll.) ambil. Kita ni macam biasala, kalau tarikh dateline makin nak dekat, maka semakin ramaila yang berpusu-pusu ke Pejabat Pos. Lagi lama anda tangguh, alamat beratur panjanglah nanti. Saya baru saje claim minggu lepas. Nak cari masa Pejabat pos lapang memang tak pernah kosong sebab kebanyakan orang yang datang memang sebab nak claim. Kalau tunggu depan pintu pagi-pagi masa nak buka ok gak. Dah claim ke? Bertindak segera. Bertindak sekarang. Claim rebat anda!