Cara cuci fuel injection (kereta kurang kuasa)


Kereta selalunya kurang kuasa sebab fuel injection yang kotor.

Jangan terburu-buru nak sentuh barang lain bro.

Cuba setel satu demi satu.

Kos pon tak mahal.

Try cuci injector.

Kalau takde cuba la cuci karburator.

Kadang problem simple je tapi kita je yang fikir lebeh.

Why not try first?

Kita cuba yang simple dulu dan ini pun praktikal.

Bukan susah sangat pun.

Taung je dalam tank.

Rega pun tak sampai RM100.

Jimat kos giler!

Pickup memang best kata testimoni yang dah try.

Klik sini—> Try cuci fuel injection bagi pickup power bro!

Cara untuk dapatkan top speed


Cara untuk dapatkan top speed kereta anda ialah dengan mengembalikan kuasa asal kereta.

Ingat tak masa mula2 dapat angkat kereta dari kedai.

Smooth kan macam jalan atas air.

Sekarang apa dah jadi.

Kereta lembam?

kereta takde pickup?

enjin tak pickup?

kereta kurang kuasa?

kereta kurang pickup?

Haha.

Bukan salah kereta pun.

Tapi salah tuan punya kereta.

Pakai tau.

Servis hampeh!

Nak bagi tau sini.

Cara untuk dapatkan top speed ialah dengan cuci injector.

Tu pun kalau kereta injection.

Kereta lama camner bro? Masih pakai karburetor!

Takde masalah, boleh je.

Guna pencuci karburator lah.

Mana nak hantar? Bro ada buat tak?

Tak yah. Buat sendiri jek!

Mana tau bro.

Owh ini DIY punya. Made in USA.

Tuang dalam tangki dia cuci sendiri punya.

Boleh percaya ke?

OK!

Kalau tak percaya boleh baca testimoni.

Klik sini —> Baca testimoni pickup power!

Kereta takde pickup?


Kereta takde pickup?
Enjin tak pickup?
Kereta kurang kuasa?
Kereta kurang pickup?

Jangan risau.

Jawapannya ialah kerana injector atau karburetor yang kotor!

Kena overhaul ke?

Hohoho …

Takdelah macam tu. Jangan buat lawak ok.

Penyelesaiannya semudah ABC.

Nak tau?

Ni haa dia.

 

Bila injector kotor inilah yang terjadi, minyak sembur tak cantik sebabkan pembakaran tak sekata.

Bila pembakaran tak sekata, enjin pun kurang kuasa.

Bagaimana nak servis injector atau karburator?

Hantar kedai tau je lah, kang buka2 enjin pomen kata ada barang lain pulak rosak.

Macam-macam kan.

So, nak mudah tak payah buka enjin pon.

Cuci dalaman je macam makan jamu tu.

Nak tau caranya?

Cara mudah kos jimat tapi berbaloi.

Klik sini —> Cuci injector/karburator DIY (buat sendiri je)

JIMAT KOS!

Cara tambah air radiator kereta


Amaran! Jangan lupa tambah air radiator dan biarkan injin anda berasap macam dalam gambar bawah ni ….

huhu ….jangan sampai jadi camni

Apa sudah jadi?

Kereta kita ni ada sistem penyejuk yang dipanggil radiator. Dalam radiator ni ada air yang boleh menyejukkan injin.

Bila kereta berjalan injin jadi panas jadi air dalam sistem penyejuk pun akan jadi pasan juga. Sesetengahnya meruap dan air akan jadi semakin sikit. Tugas kita ialah sentiasa cek level air ni dan top up jika ia dah tinggal sikit.

Radiator letaknya dekat dengan injin.

radiator dan cap/penutup radiator

Bahagian ini sangat panas apabila injin dihidupkan. Jadi jangan sentuh atau buka. Silap-silap air panas akan menyembur keluar dan mencederakan anda nanti!

Untuk pastikan radiator sentiasa ada air kita pastikan reservoir yang bersambung dengan radiator sentiasa ada air. Lihat contoh gambar kat bawah.

cari tong putih yang bersambung dengan radiator

Tong putih dalam gambar ada cap/penutup dan ada tanda level ‘full’ dan ‘low’. Pastikan air sentiasa penuh supaya radiator tak kering. Ini dapat memastikan sistem penyejukan injin kereta anda sentiasa ada cukup air dan dapat elakkan dari injin panas melampau.

Tahukah anda bila injin panas melampau injin boleh jem dan bila pergi bengkel, foremen kata OVERHAUL!!!

Huhuhu…elakkan perkara ini dari terjadi.

Anda mampu mengelaknya.

Klik sini —>Dapatkan Tips Penjagaan Kereta Serbaguna

Cara tambah air bateri kereta


contoh bateri basah untuk kereta

Sape yang tak tahu gambar kat atas ni ialah gambar bateri kereta. Jika anda seorang pemandu nak lihat bateri ini bolehlah buka hood depan kereta anda dan cari bateri macam dalam gambar di atas.

Apa kepentingan bateri ni? Senang citer takde bateri kereta anda tak boleh nak start. Tapi mustahil pula kereta takde bateri so ada bateri gerenti kereta jalan kan.

Tidak semestinya!

Bateri ada 2 jenis iaitu bateri basah dan bateri kering. Bateri kering tak perlu tambah air dan ianya free maintenance. Jika rosak terus tukar tak payah nak cek-cek level air dalam bateri.

Bateri basah ni yang kita kena maintain level air dalam bateri. Dari semasa ke semasa level air akan berkurang.

cara tuang air dalam bateri

Air bateri ni pun bukan sebarang air. Sebenarnya ia air suling. Boleh beli je kat pam minyak. Mana-mana pam minyak pun ada. Wajib standby dalam kereta mana tau nak pakai. Tengok gambar tu ada level bawah dan level atas. Level yang sepatutnya kita adjust kat tengah-tengah antara keduanya.

Cara nak tambah air ni senang je. Mula-mula buka cap atau penutup bateri tu dan kemudian baru tuang air hingga menepati level yang dikehendaki. Tahukah anda apabila kita terlupa cek dan pabila air ni kering kontang satu hari nanti tiba-tiba di satu pagi anda nak pegi keje kereta tak boleh start.

Itulah namanya bateri KONG!

Masa tu memang haru-biru sikit.

Jadi sebelum perkara itu terjadi, sayangilah kereta anda macam sayang orang yang anda sayang hehehe….

Klik sini —>Dapatkan Tips Penjagaan Kereta Serbaguna

Buat rotation tayar kereta setiap 7,000 km


Rotation tayar? Apadia tu?

Kenapa nak buat selalu?

Beban yag ditanggung tayar depan yang adalah lebih Berat jika dibanding dengan tayar belakang.

Bahagian depan kenderaan ada injin yang berat. Tayar depan juga berperanan untuk membelok. Kebanyakan kereta juga adalah front wheel drive. Jadi betullah tayar depan akan lebih cepat haus.

Kecuali ….

Kita gilirkan tayar depan ke bahagian belakang dan sebaliknya. Dengan Cara ini tayar depan dan belakang akan haus bersama-sama.

Tahukah anda tayar belakang jika tidak berganjak ke depan ia sukar nak haus. Tapi ia tetap akan expire juga. Jadi gunakan tayar anda dengan bijak.

Apa jadi jika rotation tidak dibuat?

Tayar depan haus cepat. Tayar depan akan rosak lebih cepat jika tak buat alignment selalu. Dia makan tepi lebih dari bahagian lain. Tayar belakang tak haus.

Samada tayar haus cepat atau rosak cepat anda dah kena keluarkan lebih kurang RM500 untuk tukar dua tayar dalam tempoh tak sampai 3 tahun. Sepatutnya anda dalam 3 tahun tidak perlu tukar mana-mana tayar pun jika anda buat rotation plus alignment ikut jadual.

Kesan-kesan lain yang akan timbul apabila tayar depan rosak ialah driveshaft kereta akan mengalami beban lebih dari biasa. Jadi yang asalnya berasal dari tayar akan berjangkit ke parts yang lain. Stereng pun rasa berat. Kita cuma perlu setelkan hal tayar ini dan dengan cara ini semua parts kereta yang bersangkut dengan tayar akan dapat diselamatkan.

Jimat kos!

Memang anda perlu keluarkan sedikit kos untuk rotation dan alignment tetapi anda jimat RM500 berbanding anda nak jimat sikit duit tapi dah kena belanja besar sebab terpaksa tukar tayar.

Tentang jadual nak buat rotation tayar ni memang ramai yang tak tahu sebab itu tak buat atau lupa dan ambil ringan. Untuk mudah dan praktikal, rotation tayar perlu dibuat setiap 7,000 km. Susah nak ingat kan?

Untuk lebih mudah ingat, buat je rotation setiap kali anda siap buat servis kereta tukar minyak injin (minyak hitam). Sebaik sahaja reminder servis kereta sampai, anda bolehlah buat rotation tayar dan alignment sekali.

Jika anda boleh ikut jadual ni dijamin anda jimat kos maintenance kereta. Luangkan sedikit masa dan wang untuk penjagaan kereta secara berjadual sebelum anda menanggung belanja membaiki kerosakan di masa depan.

Mahu tips lain penjagaan kereta?

Klik sini –> Tips Penjagaan Kereta Jimatkan Kos Poket Anda

Kami pindah lagi! Alamat baru bengkel ialah …


Tips Maintenance Kereta Serbaguna & Lengkap! klik sini.

MAAF! ALAMAT BERTUKAR LAGI! Lokasi terbaru kami adalah: Bengkel Kereta Sungai Tengi, Jalan Laksamana, Desa Maju Sungai Tengi, 44010 Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tel: 013-2057839 (Faiz)