Fuel Saver

quit smoking today

quit smoking fast in 38mins and 13sec

Sekarang ini sudah terdapat pelbagai teknologi yang berupaya untuk menjimatkan minyak atau langsung tidak memerlukan minyak. Samada anda sedar atau tidak sudah ada teknologi yang sudah digunapakai dan dijual di pasaran komersial dan ada juga teknologi yang berpotensi namun masih berada di peringkat ujian di dalam makmal.

Saya tidak mahu bercakap berkenaan teknologi yang masih berada di luar negara. Cerita banyak pun tak guna sebab masih tak available di Malaysia dan selagi tidak melihat maka ia hanya tinggal omongan kosong semata. Apa yang akan didedahkan dibawah merupakan teknologi yang telah ada disini.

Teknologi yang ingin saya cerita adalah ‘water fuel’ dan ‘fuel cell’. 

Water Fuel

Secara ringkas ‘water fuel’ dari namanya adalah seperti air digunakan menggantikan minyak tapi sebenarnya adalah petrol masih digunakan namun pembakaran boleh boleh ditingkatkan dan bertambah cekap dengan adanya air. Apa tugas air? Kita tahu air dan minyak tak boleh dicampur. Tak logik sungguh. Dalam teknologi ini air digunakan sebagai sumber hidrogen. Hidrogen inilah yang dicampurkan dengan petrol dalam kebuk pembakaran menjadikan kuasa enjin menjadi lebih ‘power’. Jika ingin tahu dengan lebih terperinci sila klik disini.

Keputusan ujian water fuel:

Kereta Tanpa Water Fuel Water Fuel Beza
Proton Wira 1.5 391 km per full tank (50L) 553 km per full tank 41.4% more mileage!!
Proton Gen 2 1.6i 544 km per full tank (50L) 731 km per full tank 34.4% more mileage!!
Mitsubishi Triton 548 km per full tank (75L) 747 km per full tank 36.3% more mileage!!

Fuel Cell

Teknologi fuel cell pula adalah teknologi yang tidak guna petrol. Fuel cell adalah unit/sel yang akan menghasilkan tenaga elektrik untuk menggerakkan kenderaan. Jadi kenderaan digerakkan dengan kuasa elektrik. Fuel cell ada beberapa jenis. Antaranya hidrogen fuel cell dan microbial fuel cell. Tapi yang popularnya sekarang ialah fuel cell yang menggunakan hidrogen. Telahpun ada beberapa kenderaan yang telah dicipta dan digerakkan oleh kuasa elektrik yang dihasilkan oleh fuel cell ini. Menarik kan? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik disini.


Stak Sel Fuel Yang Inovatif (sepertimana kajian oleh UKM)

Rekabentuk PEMFC jenis katod terbuka untuk kegunaan Serindit II mempunyai 50 sel dalam sesiri. Setiap sel mempunyai 50 cm2 kawasan aktif untuk menjana kuasa elektrik bagi menggerakkan motor.

Satu rekabentuk serpentin yang selari direka sebagai corak aliran medan anod. Hasil voltan maksimum setinggi 40 V dan hasil kuasa setinggi 200 W dapat tercapai semasa dioperasi dalam keadaan stak.

Enjin pembakaran dalaman yang digunakan dalam kenderaan kovensional menghasilkan bahan pencemar udara seperti CO2 dan NO2. Himpunan PEMFC yang diguna dalam Serindit II hanya menghasilkan air dalam kuantiti yang sedikit. Kenderaan ini adalah sangat bersih, senyap dan mesra alam serta sesuai untuk generasi akan datang.

source: Sel Fuel@UKM, Institut Sel Fuel UKM

No Comments Yet

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment