About

Saya merupakan pemilik Proton Wira Aeroback 1.5i (Auto) Special Edition. Kereta pertama saya merupakan Proton Saga Magma 1.5 tahun 1989 (gambar pinjam-bukan sebenar). Ia terpaksa dijual kerana tidak mampu membayar downpayment bulan yang terakhir kerana baru habis belajar dan masih belum mendapat kerja.

Dari hasil jualan saya membeli Mazda Familia hatchback 1.5 (?-tak ingat dah) buruk (gambar pinjam-bukan sebenar). Kononnya ada modal boleh rebuild balik tapi kalau tiada kesungguhan memang tak sampai ke mana. Lagipun arm tayar depannya dah reput teruk, buat alignment pun gerenti senget juga.

Bila dapat kerja, sambar Kancil kawan sebab dia nak beli kereta baru. Yang menariknya kawan dah siap pasang sport rim, tinted cermin dan modify ekzos. Tak berapa bekenan bunyi bising sampai nak dengar radio pun tak boleh, revert ke spec ekzos standard.

Bila dah terasa agak stabil cari kereta Iswara Aeroback 1.3 secondhand. Kancil let go kat adik lepas tu dia let go kat parent di kampung pulak. Iswara carila yang dah ada sport rim. Kira okla. Janji nampak smart. Tak rajin nak kumpul duit dan cari rim  kemudian.

Baru-baru ni ada tawaran diskaun Wira Special Edition so tak fikir panjang. Untungnya, bagi mereka yang simple macam saya kereta tu dah tak perlu tambah apa-apa dan sesuai bagi orang yang malas nak menghias. Kereta saya sebelum ni semuanya manual. Cuma yang terbaru ni teringin nak pakai auto sebab dah biasa try kereta isteri yang auto. Relax dan convinient. Biasanya saya lebih suka pakai kereta dalam keadaan standard (tidak diubahsuai). Jadi blog ni tujuannya untuk saya mengumpul maklumat berkenaan modification Wira termasuklah cat, bodykit, spoiler, antenna, hiasan dalaman, sport rim dsb. Sesiapa yang keretanya cantik, lawa dan mengancam bolehlah kongsi gambar dengan menghantarkannya kepada saya. Semuanya akan saya upload ke akaun flickr saya. Mana-mana yang saya berkenan akan dipaparkan dalam blog ini. Dengan cara begini kita boleh kongsi bersama.

Sekian. Terima kasih.

AZAM97

azam97rm@gmail.com

2 Comments

  1. salam, bro azam..mcam ne nak masukkan iklan dlm wordpress ye? leh x ajar sy skit..email je kat sy campro_mania@yahoo.com

  2. ada macam2 cara. nnt emel ye


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment