Tips Modifikasi Ikuti Prosedur JPJ


Terima kasih kepada pengunjung blog yang ada memberikan komen-komen dan ada juga pertanyaan. Jadi berdasarkan pertanyaan tu juga saya ingin berkongsi tips yang saya dapat dari sumber yang boleh dipercayai. Kali ni saya ingin memaparkan tips modifikasi yang mengikut prosedur JPJ.

Modifikasi yang memerlukan pengesahan JPJ adalah seperti pertukaran enjin baru, bentuk dan ciri asal kereta anda. Maksudnya jika dah modify tu ciri asal kereta dah tak nampak. Modifikasi yang major/ketara memang memerlukan kelulusan.

Ada juga modifikasi yang tak perlukan kelulusan iaitu modifikasi yang tidak memberi kesan kepada bentuk, ciri asal, kestabilan dan keselamatan kereta anda, contohnya:

1. Spoiler didepan dan belakang,
2. Skirt, aerofoil dan visor pintu,
3. Protecting guards di depan dan belakang,
4. Ubah grill radiator dan bonet,
5. Tukar rekabentuk lampu,
6. Rim dan tayar besar,
7. Para bumbung,
8. Lampu brek tambahan, signal tambahan, dan
9. Tambah spotlight pada bahagian depan

Walaubagaimanapun, anda harus ingat walaupun tak perlu kelulusan tapi ada syaratnya:

1. Spoiler, aerofoil dan skirt yang dipasang tidak melebihi 150mm jika diukur dari bahagian luar tayar belakang.
2. Door visor tidak melebihi 100mm lebar dan tinggi.
3. Rim dan tayar lebar mesti ditutup penuh dengan mudguards/mudflaps.
4. Protecting guards mesti tidak menutup lampu kereta. Lebar keseluruhan tidak lebih dari lebar kereta. Tidak boleh ada bucu tajam terjulur melebihi 100mm.
5. Bumper besar jika dipasang mesti tidak melebihi 50% dari roda besi kereta.
6. Headlamps dan signal selepas pengubahsuaian tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing dari kedudukan asal.
7. Para bumbung yang dipasang tidak boleh melebihi panjang, lebar bumbung atau ketinggian 400mm dari bahagian teratas.

Ada tambahan lagi, pengubahsuaian kecil tadi walaupun dibenarkan tanpa kelulusan masih tertakluk kepada undang-undang Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) Peraturan 1959 atau kenderaan bermotor (Pembinaan, Peralatan dan Pengunaan) Peraturan 1988.

Tapi tak perlu risau yang penting undang-undang ini lebih kepada untuk mengelakkan modifikasi yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri dan pengguna lain.

 

NAK LIHAT VIDEO MODIFIKASI KAMI?!!

|

\|/

About these ads

14 Komen

  1. dalam blog ni tak der main convert kancil turbo ker??tapi pepun tahniah coz korang dapat tunjukkan segalanya info tentang upgrade keta dari enjin,body part etc.

  2. ada sebenarnye cuma mungkin gambar tak tunjuk proses secara detail, kalu ada projek baru, saya akan masukkan ke dalam blog ini jadi selalulah datang ke sini

    http://azam97.wordpress.com/2009/10/08/modifikasi-kancil-l200/

  3. bumbung kete aku, ade skali tu bekarat sampai belubang, pastu kedai tu kate kene tukar sekeping.. jpj cek untk inspctn lepas tak, ke kena or jadi pape ke.. le x plain ckit

  4. xde pape mslh la en. zul…klu 2kar sunroof mungkin la tp klu setakat bumbung biase diorg tgk pn xnk rasenye..tp pape pn jgn risau…mmg xde mslh…

  5. Salam, saya nak tukar bodykit kereta saya dari Kancil kepada Gino, ada masalah tak dengan JPJ. Kalau ada masalah, ada tak prosedur yg perlu dibuat utntuk menjadikan perkara tersebut tidak menyalahi undang-undang.

  6. endorsment camner? bro leh wat kan ker

  7. akey>>>mmg terang2 slh la….xdela jln lain….

  8. aqil>>>bab tu kwn sy yg wat…sy bhgn mekanik die uruskn bab ni….tp nk kontek sy dil pn blh…

  9. salam bro aku sekarang pakai bodypart evo3 ..dari depan sampai belakang….siap tukar bonet belakang ,,,,nier kalau ada road blok …kena saman ker ?

  10. salah ke kalu nk tukar bodykit yg asal wira kepada bodykit custom fit evo 10 or skyline?just bodykit saje..enjin,yg len2 xsentuh

  11. salam bro nadzuan, maaf agak lambat reply. kami agak sibuk jadi x sempat jenguk blog ni. mohon bro trus kemukakan request dan ikut arahan seterusnya di sini ==> http://azam97.wordpress.com/2012/12/07/bengkel-kereta-meru/

    terima kasih atas kerjasama bro.

  12. Assalamualaikum. Saya ada wira 1.3 ab. Kalau saya nak makeup wira saya ke bodykit evo10. Salah atau tak? JPJ akan tahan atau tidak? Maaf. Sy masih baru lagi dalam dunia kereta ni.

  13. Kalau pakai rear bonet evo 3 dkt wira sedan slh tak bro?

  14. salam,sy pakai kereta saga kebal tp sy tukar bonet ke evo 10,salah ka???jwpn anda amatlah di hargai


RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 80 other followers